11 November, 2012

LAGENDA BUDAK SETAN 2 : KATRINA





Asalamualaikum kpd yang sudi ke blog saya.
dan maaf kerana anda dah terpedaya
dengan tajuk yang saya berikan. peace.



saya bukan seorang penulis yang baik.
tapi saya akan cuba tulis blog ini seringkas 
tapi sepadat mungkin, untuk memudahkan
anda semua memahami isi kandungan yang
ingin saya sampaikan pada kali ini.



pernah dengar lagu-lagu ni tak sebelum ni?
someone like you oleh adele?
talking to the moon oleh bruno mars?
she's gone oleh steelheart?
pergi oleh aizat?
teman pengganti oleh black?
kehilangan oleh firman?
rindu setengah mati oleh d'masiv?
aku yang tersakiti oleh judika? 



pernah dengar ?
anda semua mesti perasan yang  hampir semua
lagu-lagu ini di inspirasikan oleh pengalaman
mereka yang pernah mengalami sendiri
sakit yang ditanggung ketika putus cinta.
saya sendiri kerap mendengar lagu-lagu ini 
ketika berada dalam keadaan sedih.
(sekarang pun tengah dengar sebenarnya)



bagi yang mengikuti perkembangan
artis artis ini, 
pasti anda sedia jelas yang lagu-lagu ini
membantu menaikkan lagi nama
penyanyi lagu tersebut.
walaupun idea mereka tercetus dari pengalaman
yang tak di minta, tapi mereka berjaya
mengolah dan mengadaptasi kisah mereka
untuk dijadikan bait-bait lirik yang
kemudiannya di angkat menjadi karya
yang sangat indah untuk dihayati.
mereka tak pernah meminta
untuk mengalami perpisahan tersebut,
tapi pengalaman tersebut sebenarnya
memberi idea pada mereka untuk
terus berkarya. malah banyak di antara lagu ini
diangkat sebagai juara kerana ramai
pendengar menggemari jalan cerita yang
di sampaikan dalam lagu tersebut.
contohnya, adele menerima 6 anugerah grammy,
dan 1 anugerah oscar untuk lagu 
someone like you. bayangkan..
6 anugerah untuk lagu sebegitu.
dan aizat, berjaya menerima  anugerah
juara lagu untuk lagu pergi. 
bukan mudah untuk lagu tersebut menang,
berentak sayu, bertemakan kesedihan, dan 
bersaing dengan lagu lagu hebat yang lain.



begitulah kehidupan.
sama seperti kita,
kita ditakdirkan untuk menerima sesuatu,
namun kita tidak menyukainya.
sedangkan kita tak tahu ia 
adalah apa yang terbaik untuk kita.
kita seringkali terlupa yang 
Allah itu maha mengetahui apa yang
terbaik bagi hamba-hamba-NYA.
jika kita diuji dengan kehilangan
sesuatu yang amat kita sayangi,
anggap saja itu ujian dari Allah yang 
mahu menguji sekuat mana iman kita.
atau mungkin untuk mengajar kita untuk 
lebih menghargai apa yang kita miliki.
atau mungkin kita akan menerima yang lebih baik
sebagai ganti sesuatu yang telah hilang itu.




semuanya telah di tulis, di atur, dan di takdirkan dengan
cantik dan indah utk jalan hidup kita.
pertemuan, perpisahan, jodoh, maut,
semuanya telah ditulis sejak azali.
tak sesiapa yang akan terlepas dari takdir.
tapi bagi sesiapa yang diuji dari awal
hingga akhir hayat hidupnya, 
dan imannya masih teguh dalam menerima 
qada' dan qadar Allah...ingatlah
bahawa syurga menantinya di akhirat nanti.



bagi yang mengenali saya di dunia luar,
mungkin anda agak terkejut dengan update
kali ini. ini mungkin disebabkan dari 
gaya penulisan saya yang semakin matang 
selangkah dengan umur yang meningkat,
atau mungkin kerana penggunaan bahasa
yang sopan , atau mungkin kerana 
pengisian kali ini lebih berilmiah dari
update2 sebelum ini,



tujuan saya merajinkan diri dan melincahkan jari
menulis semua ini tak lain tak bukan cuma
untuk bercerita tentang kisah hidup saya.
tapi biarlah ia disimpan kerana saya
sendiri pun beranggapan sudah terlalu sering saya
menjaja kisah hidup saya pada semua.
dan saya tak mahu lagi kisah hidup 
saya menarik simpati sesiapa dan
akhirnya membuahkan cerita lain pula.
tapi sesungguhnya saya tidak mahu kisah
hidup saya berulang pada orang lain,
walaupun pada dia yang saya sangattt sayangggg.



maaf jika semua ini mungkin terlalu panjang 
atau rumit untuk di fahami minda lembab anda.
namun tahniah saya ucapkan jika anda berjaya
memahami setiap yang saya ingin sampaikan.
dan terima kasih jika anda membaca dari awal sehingga 
tamat semua ini. anda memang seorang yang 
penyabar atau mungkin anda sangat bosan dengan hidup 
anda sehingga tiada pekerjaan lain nak di buat..



terima kasih sekali lagi kerana sudi ke blog saya
yang tak semegah ni. ia adalah suatu penghargaan bagi
seseorang seperti saya untuk menerima kunjungan
dari anda semua yang bajet prihatin ni.



terima kasih. terima kasih.terima kasih.
majulah blogger-blogger malaysia dari saya,
seorang freshie dalam bidang blog ni. 
peace, asalamualaikum <3



p/s : sebelum anda terfikir untuk menjadikan blog ini bahan jenaka,
atau sebelum anda berniat untuk membahan saya kerana blog ini,
sila ingat sesuatu. saya cuma manusia biasa. saya cuma buat 
apa yang saya minat dan mahu. so please beware of the cats.